From the Inside

PALESTINE

Posted in PALESTINE by shimabatu on January 9, 2009
Dalam minggu ni, penuh mail box & SMS minta boikot Israel dan sekutunya. Korang pikir macam mana? Sesungguhnya; aku pon memang nak maki Amerika, Israel & Yahudi ni.

Tapi, PC aku dok menaip blog ni pon pakai Window XP, henpon Nokia, paling suka mentekedarah (makan) barang Nestle (Cekelat Kit Kat, Maggi, Nescafe, Ice Cream Nestle Drumstick…argghhh banyak lagi ler). Tu blom lagi KFC, McD, Pizza, Coke. Tesco pon kena boikot jugak ker? Saper yang kerja kat Tesco kena benti kerja sekarang. Kalau tak, korang adalah penyokong kekejaman ke atas Palestin. Camtu ker? Ni contoh masej yang diterima,

“Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?”.

Ya ALLAH, duit aku beli Nescafe buat beli peluru serang Palestine ker?? Tolong lah…saper boleh tolong jawab nih……. Itu ajer ke jalan untuk menghentikan puak puak Zionis ni.

Apa tu Israel, Yahudi dan Zionis? Ikut pemahaman aku dari apa yang aku baca (kalau salah tolong betulkan). Yahudi itu adalah satu kaum yang memegang ideologi Zionis (tapi bukan semua Yahudi adalah Zionis). Zionis mahukan Palestine sebagai negara hanya untuk Yahudi sahaja. Israel pula adalah negara yang didiami oleh Yahudi Zionis.

Amerika pun terlibat ke dalam kekejaman Palestine ni?
Korang rasa, mampu ker Zionis bertindak seperti sekarang ni jika tak ada bantuan dari Amerika? Mesti lah tidak. Bantuan yang diterima dari Amerika bukan sikit sikit beb. Tengoh bawah ni. Aku amik dari website Ifamericansknew.Org

Jelas, kekuatan utama Zionis adalah bantuan dari Amerika. Amerika banyak duit beb. Mahu salahkan Amerika atau rakyat Amerika yang membayar cukai, atau nak salahkan pemimpin dan pembuat dasar yg telah dipilih. Kalau salahkan pemimpin, saper pulak yang pilih pemimpin tu? Jadinya, satu Amerika lah salah camni. Dari atas sampai bawah. Dengan rakyat Amerika sekali terlibat. Jadi boikot semua sekali. Termasuk Americans. Jangan kawan dengan orang Amerika, jangan kawen dengan orang Amerika. Macam tu ker?

Dah letih kita ni semua tunjuk bantahan, tak suka dengan kekejaman di Palestine. Dah berbuih mulut berdemonstrasi. Tapi semua ni blom mampu bagi kesan pada malaun malaun tu semua. Berdoa sepanjang malam, masih Allah belum bagi lagi apa yang kita minta (keamanan untuk Palastine).

Uzir: biar la Israel nak bunuh. tu pun tuhan yg suruh. satu masa, memang tuhan
sendiri akan musnahkan mereka. semua itu cerita arahan dia. nasiblah kita bawa
watak jahat ke baik.

Aku: memang diorang (israel) dikumpulkan di bumi palestine tu untuk dimusnahkan ker?

Uzir: tau tak pe. yang penting doa tetapkan hati supaya berdiri teguh atas nama islam sejati. amin.

Tak jadi Islam sejati tak boleh menang ke Islam di Palestine? Dah dinyatakan dalam Al-Quran,

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk)berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa’ 17: 7]

Macam yang aku bualkan dengan Uzir, Yahudi di Palestin akan dimusnahkan. Umat Islam akan menang di sana. Janji ALLAH adalah benar. Tapi umat Islam kena masuk ke bumi Palestin kali ini, kena lah sama “gayanya” dengan kumpulan umat Islam yang masuk kali pertama ke bumi Palestin ni. Macam mana gayanya? Kena ikut cara Umar al-Khattab r.a dan rombongannya pada zaman tu. Masuk ke Palestine dengan jihad fi sabilillah. Penuh dengan megah Islam. Iman dan akhlak yang tinggi lagi terpuji. Kena mencontohi tentera Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab r.a. Semua benda, sifat, peribadi, iman kena sebaik baiknya. Barulah boleh menang di Palestin. Kalau tak… boleh ker kalau aku kata.. KORANG MIMPI JER LA NAK TENGOK ISLAM MENANG DI PALESTIN. Mimpi boleh jadi kenyataan kan?

Mati diletupkan musuh atau meletupkan diri untuk mematikan musuh? Mungkin ni yang selalu dipikir rakyat Palestine.

Aku sekadar memberi pandangan ikut dari apa yang aku baca. Kredit untuk SaifulIslam.Com. Banyak bagi penjelasan pada aku tentang hal dan isu ni. Korang plak? MIKIR LER SENDIRI.

Korang boleh rujuk sini untuk “Palestin : Lagi Usaha Kita & Doa Qunut Berbaris“.

MONOPOLI ATAS JALAN YANG AKU PON BAYAR CUKAI

Posted in AKU, ISU SENGAJA, LEPAS GERAM by shimabatu on January 9, 2009

Hallo,

Ni post lepas geram dari aku. Nak bagi kata kata semangat pada pengguna jalan raya, terutamanya yang di Melaka.

Kalau rasa diri tu nak memandu 40km/j, aku nasehatkan, tak payah la keluar rumah atau berada di atas jalan raya pada waktu 7.30 sampai kul 9.00 ni. Menyusahkan orang lain. Ni sikap MEMONOPOLI di jalan raya atau dalam perkataan lain, pentingkan diri sendiri. Dia bayarkan road tax aku tak per jugak. Kalau kau setakat nak beli surat kabau, pergi minum teh dengan pekena roti canai, tak payah la menyusahkan orang lain yang berkejar ke tempat kerja. Lembab dan Lembap. Akai ada ka??

Sekian. (Sila kutuk aku jika kau lah orang yang dimaksudkan).

Hari Libang Libu

Posted in AKU, ANGAH, HOSPITAL by shimabatu on January 6, 2009
Macam yang aku dah bagi tau sebelom ni. Angah kena posting ke Sarawak. Minggu lepas dia check, dapat tahu dia kena Kota Samarahan. Sukanyer bagai. Dapat ngajar kat tempat dia blajau dulu (UNIMAS di Samarahan). Samarahan tak ler jauh dari Kuching. Lebih kurang 25km. Macam Merlimau ke Telok Mas la jugak. Tiket flight 8.50pm, 4 Janurari 2009 (birthday Abah). Plan awal, Emak & Abah minta aku & Halim akan hantar Angah ke airport. Tapi aku pikir, buat aper aku yang hantau, baik Emak & Abah yang pergi. Pasni belom tentu lagi Angah nak balik bila ke sini.

31 Desember 2008: Emak jatuh tangga depan Straits Meridian. Tak tau macam mana buleh jatuh. Malam tu dia ngadu sakit perut. Pergi klinik dengan Abah. Esoknya pepagi, Abah kejut aku. Suruh bawak Emak gi klinik LAGI?? Aku dengan Abah bawak Emak ke klinik 24 jam kat Semabok. Doktor bagi ubat dan pesan, “sampai kul 11 kalau tak baik, sila pergi klinik”. Masa tu kul 9pagi. Korang rasa Emak aku nak ker pergi sepital tu? Kul 11 aku tanya, sakit lagi tak? Bule gi spital. Dia cakap, “dah o.k”. Aku pun senang hati la. Petang tu kitorang bule gi Tesco bershoping tak seberapa. Malam lepas Isya aku ke Sebatu. Pasal encik Halim ada kat sana. Dia kata tak balik Telok Mas. So aku la yang kena berkayuh ke sana.

Esok pagi nyer aku gi kerja dari Sebatu. Tak tanya plak kabau kat umah. Petang tu lebih kurang kul 4 Emak masej aku cakap kena gi spital. Icam bawak Emak. Ooo…tak per. Icam cakap aku tak payah gi spital. Pasal Mak gi check jer. Jap lagi balik ler. Dari office, aku terus balik umah. Nak dekat Magrib, Mak dengan Icam tak balik lagi. Aku call Icam, “Mak dalam bilik X-Ray lagi”. Then Abah kata lepas Magrib nak ke spital. On the way ke spital aku baru tau Mak kena tahan wad 1-1 Hospital Melaka (katil #20). Terkejut jugak. Mak sakit apa?

Rupanya pagi tu Mak sakit lagi. Mak gi klinik lain pulak. Apa aku nak kata Mak aku ni. Orang suruh gi spital, dia sibuk nak gi klinik lagi. Balik dari klinik tak baik lagi. Dia buleh pergi urut. Aku tak tau tukang urut mana yang dia pergi. Pastu tengah hari jadi makin sakit. Icam balik dari semayang Jumaat terus bawak Mak ke Pusat Kesihatan Ayer Keroh ni. Amik darah, X-Ray & urine test. Ada darah dalam urine. Terus tendang ke spital. Bila sampai spital, pepaham jer la, dengan darah tinggi lagi. Kompem dok wad.

Aku sampai wad, tengok Mak segar bugar jer dok atas katil. “Aku tak sakit, tp diorang susuh duduk wad. Esok pagi boleh balik ni,” kompiden jer Mak aku ni. Lusa, Angah nak berangkat ke Sarawak. Ingat bule la Mak ikut gi airport. Skali…3 hari kena tahan kat wad. Darah Mak naik (darah tinggi). Mak cakap, mana tak naik, aku jadi naik darah pasal doktor asik amik darah aku. Rasa nak dekat secerek. Kiranya darah naik (darah tinggi) pasal naik darah (marah ler tu).

Ahad tu aku dan encik Halim terpaksa hantar Angah ke KLIA. Abah jaga Mak kat spital. Malam tu kul 10 Mak dibenarkan balik. Alhamdulillah, tak der apa apa. Mungkin jadi sakit tu pasal salah urut kot. Moral of the story, kalau nak berurut, gi spital dulu.

Timer kasih pada yang datang jenguk Mak aku. Kenyang kitorang makan buah. Kebanyakkannya kengkawan dalam parti, sedara mara. Wie, Ejah, Dayah & Zul pon ada datang. Tapi masa tu aku dah ke Sepang. Timer kasih banyak. Tapi..apa pasal kau datang untuk mengumpat aku depan Mak aku. Korang memang hampeh.

Malam tu aku sampai umah dari KLIA lebih kurang kul 11.00. Siap kena saman trafik lagi. Siot betol. Emak sampai umah lebih kurang kul 11 lebih. Aku jadi tak larat nak gi kerja semalam. Cuti la sehari. Mak pon baru kuar spital. Pepaham jer la… semua benda aku tak sempat buat masa hari Sabtu & Ahad pasal da kelang kabut.

Sesuatu yang mengejutkan pagi semalam. Angah bagi tau, dia bukan ditempatkan di Samarahan. Tapi di Serian. Lebih 60km dari Kuching. Kalau naik keta ikut keadaan jalan kat sana, adalah dalam sejam lebih. Dah tu pulak, sekolah yang dia kena ngajau tu, lebih kurang 20km lagi. Pergh…. Mak Abah aku dah risau lagi. Apasal macam tu? Dah la nak tau penempatan posting tu payah. Kena talipon dua tiga kali. Nama sekolah pon tak tau. Dari sini kata Samarahan. Sampai sana jadi lain. Haru betol. Tetiba aku jadi naik darah sekarang ni.

Chaw!!

CRYSTAL BAY

Posted in AKU, BERGAMBAU, KENGKAWAN by shimabatu on December 26, 2008
Salam to everybody. Ni post aku yang ke-2 untuk hari ni. Bersemangat aku kan? Ke arah bloger tegar. Ewah, ewah. Ni aku attach gambo sekitar pertemuan sulit Aku, Wie & Ejah di Crystal Bay, Alai (blakang umah nenek aku). Kejadian berlaku pada 23hb lepas. Aku balik kerja, lebih kurang kul 6.00 terus ke sana. Wie dengan Ejah dah tunggu dengan cendol pulut yang tak der pulut. Elok la tak der pulut, nanti pelat pulak bebudak ni. Kalau Wie pelat ada mahap lagi, kalau Ejah? Dah la pelupa, pelat plak tu. Pakej lengkap. Tersentap mak nyah!!
Macam biasa la, photographer baru nak blajau memetik kamera kitorang ni, main belasah jer ikut suka. Bila dah upload dalam PC, baru nampak amik gambau tah aper aper. Tapi aku dengan segala kuasa memaksa korang untuk tengok juga gambau gambau ni semua. Tolong abaikan plastik cendol yang enter-frame dalam gambo ni.

Ejah. Dia memang suka gelak. Tu pasal dia selalu lupa nama orang. Nama korang
ada logiknyer la. Tapi nama aku dengan Wie pun dia boleh lupa. Apa kes?

Ni jangan tak tau. Dua dua tengah gelakkan aku pasal aku dok tengendap ngendap
amik gambau celah pokok. Sewel.

Macam ada masalah besau kan?
Sila abaikan plastik cendol sebelah tu. Ni aksi ngeri. Petik kamera pakai kaki.
Hahaha… Confirm ada yang percaya nih.

Kalau tengah mengumpat memang tak kesah kena hendap camni. Korang teka sapa yang kena umpat? Tak lain dan tak bukan adalah tukang hendap tu sendiri.
Banglo belakang, sekadar hiasan. Kenapa hanya sebijik banglo. Mana pergi rumah-rumah yang lain. Adakah telah di telan ombak? Atau telah ditelan bumi? Jangan terpedaya. banglo tu hanya satu antara berpuluh yang ada di situ.

Pemandangan biasa kat Crystal Bay pepetang camni. Budak lepak. Apa kejadahnya
mereka semua ini. Duduk menganga di tepi laut. Tak takut kembong? Ewah…
aku pon sama.

Satu kepelikan, bila budak budak motor ni asik melintas dekat kitorang. Apa kes?? Belom cukup empuk nak ngorat kita ker? Setahu aku tak boleh bawak motor atas laluan ni. Mungkin bebudak ni nak aku amik gambau diorang. Aku pon snap la gambar tayar motor diorang ni dalam keadaan aku terbongkok bongkok duduk atas batu tu. Nak tau apa jadi?
Diorang berhenti dan turun dari motor. “Akak amik gambar apa kat bawah tu. Baik akak amik gambar kitorang”. “Sorry dik, filem dah habis la”. Aku kelentong. Mana datang D40 pakai filem. “Alah satu jer. Satu jer kak”. Memula aku malas nak layan. Tapi lagi aku tak amik, dia tak nak bla. Aku amik jer la. Ni la aksi budak ni. Cantek bukan??
Elok kitorang tengah syok sendiri bergambau lepas tu, tetiba dengar suara panggil kitorang. Eh..mambang laut ker? Oo, ni bukan mambang laut. Ni mambang mabuk minum Brandy. Hahaha… Ni dak Rose. Classmate kitorang masa form six. Single mother ni. Aku tak ingat dah berapa lama dia bercerai. Tapi kira diawal usia perkahwinan la jugak. Kalau tak silap aku, dia ni kawen dengan classmate aku masa form 5 punya abang. Tak panjang jodoh dia. Sekarang dia meniaga kedai makan kat Sempang Pantai.

Dia ada sorang anak nama Aina. Ni anak dia. Dah besar. Umor lebih kurang 5 ke 6 tahun. Tak banyak yang sempat kitorang bualkan. Tapi sempat bagi tau dia aku dah kawen. Aku nak cari rumah dia nak menjemput hari tu tak jumpa. Dia agak terkejut jugak bila tau aku berkawen bukan dengan orang yang dia sangkakan. Tolong paham ayat aku ni yer. Dan dia lebih terkejut tak agak agak bila tau aku menikah dengan Encik Halim. Hahaha. Dia tanya, “Kau bercinta dengan orang lain. Kawen dengan orang lain”. Jawab aku, “Memang kena macam tu la. Baru la adventure skit”.

Okey, hari dah nak Magrib. Kang ada yang tersampuk mambang laut plak. Korang nak tengok banyak lagi gambau, pergi ker flickr aku yer (klick sini). Tata.

ANAK DAK CHOLL & KAWEN AZRA

Posted in ANAK ANAK, KAWEN, KENGKAWAN by shimabatu on December 26, 2008
Sorry, aku bawak korang ke tarikh 13hb balik semula. Korang bengang ker? Jangan bengang, nanti aku jual korang pakai timbang kati . Hari tu aku citer pasal Tranporter 3 dgn KPLI Angah. Ni kali aku nak cerita kesah apa yang berlaku di siang hari itu. Encik Halim balik dari KL tengah hari tu, aku jemput dia di Ayer Keroh terus ke umah Azra (majlis kawen Azra). Azra ni xder gambar dalam koleksi aku. Ni member SDARY jugak ni. Form 6 kami sekelas. Tak dapat nak ngambik gambao perantin, pasal terjadi adegan yg kurang menyenangkan di rumah Azra masa tu. So sebagai tanda protes..semua xder mood nak amik gambo pengantin walaupon bkn salah pengantin. Apa adegannyer? Adegannya lebih kurang macam adegan reporter kena halau masa majlis kawen Mawi la. Yang bezanya, tu Mawi, tp ni Azra. Tak per la. Tak kecik hati pon lagi. Ni majlis kawen yg pertama aku attend berdua dgn encik Halim sebagai suami istri (yg kedua masa di Batu Pahat).
Turut ada masa tu, Huzir, Mariati & Umairah, Ejah, Wie, Dayah, Atok dan dak Choll. Huda pon khabarnya ada datang. Tp dia awal sebelum kitorang. Zul Azrin, ada di Maktab. Lelaki tu dah bizi sekarang ni. Sempat main miskol jer dengan aku. Ni gambau masa umah Azra. Seperti yg aku mention sebelom ni, gambo pengantin tak der. Tapi bukan pasal kitorang boikot la. Memang tak sempat. Kami lapau masa tu. Kira nak makan jer. Lepas makan bla lah.
[Gambar atas] Ni Dak Atok. Dia hampir muntah darah bila semua orang sibuk tanya “Mana bini kau Tok?” 10 orang nampak muka dia. Sepuloh orang tanya benda yang sama. Paper bag yang dia pegang tu, nak ikut kan takda untuk dia. Tapi dia angkat tangan pada pengantin masa pengantin tengah makan. Minta lagi empat. Senonoh ker tak ni? Ni bukan tak SEnonoh lagi, dah jadi beronoh ronoh .

Dayah

Maritai & Umairah

Aku & Halim

Ejah

Lepas balik dari umah Azra tu, aku, En Halim, Wie, Ejah, Dayah, Mariati & anaknyer telah sepakat membawa berkat ke rumah dak Choll. Sajer la nak datang jenguk mak & abah (gelaran kitorang utk org tua dak choll sejak sekolah lagi). Sampai sana, tengok anak & orang umah dak Choll ada. Tapi Emak tak da. Pergi umah kenduri. Lepak dalam sejam dua. Dapat la tangkap gambau anak dia. Sebelom tu, aku bagi korang tengok dulu gambo Dak Choll masa kawen. Ni tahun 2006. Aku belom pernah post kat blog ni. Pasal masa dia kawen ni, aku blom berBLOG-BLOG ni. Eja BLOG pon aku tak reti lagi masa tu.

[2 Gambar di atas] Majlis Perkawinan dak Choll (Shamsul Ramli) dan istri Noor Ezreen Ab Rahman (Reen). Aku amik guna BenQ 2.0Mpixel masa tu. Tu kira aku paling canggih. Aku sorang jer yang dah ada kamera digital masa tu. Nak main main dengan photoshop pon tak pandai lagi. Masa ni, aku baru nak ngorat Halim .

Anak Dak Choll, Nur Quraitulaini Salsabillh (Bella). Panjang benor namanyer. Mauh letih isi borang OMR masa exam ni besok. Lena atas riba aku macam tido atas tilam.

Baru bangun tido. Muka tensen tengok aku. “Macam sewel jer orang ni amik gambo aku tak berenti”.

Lain lain gambau di bawah ni adalah aksi terlampau Aku & Ejah. Turut serta Umairah & Bella.

Last but not least, Umairah Huzir. Pipi yang merah… eleh tomei tomei…

KAWEN DAK REM

Posted in KAWEN, KENGKAWAN by shimabatu on December 24, 2008

[picture by ShimaBatu]
Salam untuk semua. Semalam aku crita pasal majlis kawen dak Rem kat Batu Pahat kan? Ni gambonyer. Aku baru amik dari dak Wie.
Antara member yang sempat hadir.

Wang hantaran. Sila kira berapa banyak satu. [picture by ShimaBatu]

[picture by Owie]
Ehem..ehem…. Aku dengan encik Halim. [picture by ShimaBatu]

Sekian.

AKU & HALIM @ BATU PAHAT

Posted in AKU, HALIM, KAWEN, KENGKAWAN by shimabatu on December 23, 2008
Ahad lepas (21 Dec) aku ke Batu Pahat. Undangan Majlis Kawen dak Rem a.k.a. Zuliana. Ni kad dia. Merah.

Dulu jaman sekolah pon dia memang minat kaler merah. FYI, Dak Rem ni bertunang masa yang sama aku bernikah. So nikah aku dia tak dapat datang. Dua minggu sebelum ni aku dah kabau kat encik Halim pasal undangan dak Rem ni. Tapi encik Halim gagal memberkan respon menyebabkan aku kabau kan ajer pada bebudak lain yg aku tak dapat pagi. Tapi entah angin dari arah mana yang datang, malam minggu lepas dia cakap.. “esok nak pergi Batu Pahat”. Aku tak tau apa urusan dia kat Batu Pahat (BP)tu . Tapi terus bulat mata aku (mata aku memang bulat) pandang muka dia.. “Nak ikut. Nak pergi rumah dak Rem. Rem kawen besok”. Hehehe… akhirnya ke Batu Pahat jugak kami. Alex datang dengan Bad seketa. Wie datang dengan adik beradik dia seketa. Aku dengan encik Halim, tp tak join konvoi Alex & Wie. Diorang lalu highway (enter Jasin, exit Ayer Hitam). Apa kejadahnyer kata encik halim. Meh kita lalu jalan lama sambil makan angin. Hahaha.. kembung perut aku makan hangin sampai ken***TUUUUUTTTT.. perkataan kurang manis. Kena sensor. Tak buleh sebut habis. Tak senonoh la korang nih.

Lengang yang amat. Belom bangun tido gaknyer orang sini.
On the way ke BP lalu Paarit Jawa, “nanti balik kita singgah pekena asam pedas nak tak?” cadang encik halim. Aku sengih.. “Boleh”. Dalam hati, jangan berharap sangat Shima. Pastu melintas depan nasi beriyani gam. “Nasi beriyani pon best jugak kan?” kata encik halim lagi. Aku jawab, “boleh jugak”. Dalam hati, jangan berharap sangat Shima.

Trafik berjalan lancar dari mula perjalanan sampai ke Bandar BP. Seronok la kan? Sampai Kampung Baru Sri Gading, ngam ngam masuk waktu Zohor. Gi solat jap kat surau dia. Pastu ke rumah pengantin. Wie, Alex & Bad tengah cedok lauk nak makan. Pengantin blom bersanding lagi. Lambat gamaknyer. Sampai kul 2 lebih baru pengantin lelaki sampai. Orang Segamat. Lawa pengantin. Baju merah, sama macam kad. Aku tak dan nak tunggu sampai habis sanding. Kesian encik Halim tunggu kat luar rumah.

Selamat Pengantin Baru Dak Rem & Izzi.
Ulang sekali lagi, mata aku memang bulat.
Alex & Bad
Wie & camera
Nak balik, singgah rumah Nek Ngah kat Perserai. Encik Halim awal awal lagi dah ngabaukan, nak luruskan pinggang dalam setengah jam. Aku tengok jam 3.00ptg. masa tu, masih lagi sangkut kat trafik light depan Pacific Batu Pahat. Kenapa trafik masa pergi dengan masa balik tak sama. Orang Batu Pahat baru bangun tido ker? Encik Halim dah mula merungut. Padahal baru kejap dia puji Batu Pahat lagi best dari Melaka.
Sampai umah Nek Ngah dalam kul 3.30. Yang ada cuma Nek & Tok Ngah serta Mak Dik. Aku pikir dalam kul 4 bule gerak balik. Pasal encik Halim ada lawan bola kt Poli Merlimau kul 5.00ptg. Tapi Nenek plak bawak kuar bee hoo goreng. Sempoi simple tapi best. Tak sempat nak tambah pasal memikirkan kalau lagi lambat kang mau encik halim bawak savvy tu macam bawak Audi dlm transporter 3. 4.30 baru kuar dari umah Nek Ngah. Umah Nek Ngah memang tepi jalan utama. Jadi nak kuar ke jalan tu pon payah pasal banyak keta. En Halim dah start bebel.. “banyak nyer keta”. Hehehe..baru dia tau. Sepanjang jalan keta memang banyak. Nak memotong pun payah. Aku tak larat nak buka mata. Tido. Tapi tak lama pastu terjaga. Encik Halim bawak keta sangat bising. Bukan keta tu yg bising. Tapi dia yang bising. Kejap menyanyi, kejap merungut. Saje la tak nak kasi aku tido. Tapi memang aku tak bule nak tido pastu. Pasal dia bawak keta nak tiru Frank Martin. Aku kata dah. Kecut perut aku pasal tau dia bukan Frank Martin. “Agak agak sempat nak sampai setengah jam?” Ngeri aku dengar soalan dia. Korang rasa sempat ker nak makan asam pedas parit jawa dengan beriyani gam Batu Pahat ni?

Pejalanan balik, aku tak sempat nak snap gambo. Pepaham jer la. Akhirnya kami selamat sampai 5.30. Aku hantar dia ke politeknik. Pastu lepak kat Merlimau dgn Wie & Ejah sementara nak tunggu Magrib.

NOTE: HARAP MAHAP. KUALITI GAMBAR TAK MEMUASKAN NAFSU. KAMERA YG DIGUNA CUMA 2.1 MEGAPIXELS MILIK ENCIK HALIM. AKU BLOM CUKUP HANDAL UNTUK MENCANTIKKAN GAMBAR DARI KAMERA JENIS INI & BLOM CUKUP MODAL UNTUK MEMBELI NIKON D200 ATAU PALING KOMAN PENCABARNYA CANON EOS30D. AKU CUMA BOLEH BERANGAN ADA ORANG NAK BAGI AKU FREE

FRANK MARTIN & ANGAH

Posted in ANGAH, WAYANG by shimabatu on December 22, 2008
Halo… Aku baru ada peluang tengok wayang dengan Encik Halim minggu lepas (13 Dec 2008). Maklum ler orang baru nak bercinta. Movie pilihan : Transporter 3.

Hehehe..bule jatuh chenta nengok gaya cool Jason Statham (Frank Martin) dalam citer ni. Gila babasnyer stunt. Tapi tak banyak plak berdarah & luka-luka walaupon banyak bergasak. Keta Audi W12 tu memang best. Paling best bila part dekat celah treler & redah atas grabak ketapi. Tapi tak der la aku rasa ngilu & ngeri nengok stunt diorang. Mungkin pasal aku dah tengok trailer dulu seblom tu. Tu yg tak suspen sangat tu. Tak per, yang penting dapat kuar ngedet dgn encik Halim. Lepas tu, boleh berangan bawak keta mcm Frank. Bbule berangan jer la. Hakikatnyer, trafik kat melaka memang tension beb. Ramai orang melaka bawak keta semua slow. Memang bakau darah. Stail macam nak kuar pegi beli surat kabau. Aku tak gitu yer.

Ada satu brita best nih. Pasal angah aku. Korang baca ni:

SEMAKAN ONLINE PENEMPATAN GURU SEKOLAH RENDAH BAGI KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) DAN PELBAGAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN (IPT)
TAHNIAH! MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEPERTI BERIKUT:
…… ANDA TELAH DITEMPATKAN KE SARAWAK…BERKUAT KUASA PADA 2 JANUARI
2009.

Siap ada perkataan, TAHNIAH!! Terbang lagi dia ke Sarawak. Tapi ceruk mana sekolah dia di hantar blom tau lagi. Tak habis lagi dedaunyer. Takper, pasni elaun kau mesti banyak Ngah. Kaya la kau. Senang skit aku nak kikis.